Malay Department

MOTHER TONGUE DEPARTMENT

MTL Fortnight /Dwi Minggu Bahasa

ML1 ML2

The Mother Tongue Language Fortnight is a platform to expose Malay Language pupils to the beauty and diversity of the Malay culture and traditions. In line with the theme of Performing Arts, silat and kompang performances as well as wayang kulit and Malay dance were some of the activities organised for the pupils this year. In addition, traditional Malay batik painting and traditional games were also introduced to the pupils.

The activities that were carried out are as follows:

P1 Traditional Games
P2 Wayang Kulit
P3 Traditional Dance
P4 Traditional Dance / Cultural Camp
P5 Silat
P6 Kompang

 

Apart from the above-mentioned activities, a storytelling session by the NLB was also held for the P1 and P2. Pupils were engaged by the stories told by NLB’s Associate Librarian, Mr Herman Rothman.

Pupils of West Grove were also given the opportunity to buy ML books during the Book Fair which was held on 12th July 2017.

All in all, pupils found the activities enriching and enjoyable!

ML3 ML6 ML5 ML4

Bunga telur cantik sekali,

Pengantin baharu kita raikan,

Budaya dan Bahasa indah sekali,

Daulatkan selalu jangan abaikan.

Dwi-Mingguan Bahasa Ibunda merupakan satu wadah bagi mendedahkan murid-murid kepada keindahan dan kepelbagaian budaya dan tradisi masyarakat Melayu. Sejajar dengan tema Seni Pentas, seni pencak silat dan persembahan kompang, wayang kulit serta tarian Melayu adalah antara aktiviti yang diadakan bagi murid-murid pada tahun ini. Selain itu, seni lukisan batik dan permainan tradisional Melayu juga diperkenalkan bagi memberi mereka kesempatan untuk merasai pembelajaran berasaskan pengalaman.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

Darjah 1 Permainan Tradisional
Darjah 2 Wayang Kulit
Darjah 3 Tarian
Darjah 4 Tarian / Perkhemahan Budaya
Darjah 5 Silat
Darjah 6 Kompang

 

Selain daripada aktiviti-aktiviti ini, sesi bercerita telah diadakan bagi murid-murid darjah 1 dan 2. Murid-murid sangat terhibur dengan cerita-cerita yang dipersembahan oleh pustakawan NLB, Encik Herman Rothman.

Murid-murid West Grove juga berpeluang untuk membeli buku-buku Bahasa Melayu semasa Pesta Buku yang diadakan pada 12 Julai 2017.

Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang telah disertai murid-murid ini diharapkan dapat memperkayakan lagi cinta dan minat terhadap Bahasa Melayu!

ML7 ML8

ML9 ML10

Hari Raya Celebration/ Hari Raya Aidilfitri

The Hari Raya celebrations were held on 4th July 2017. The half an hour concert was put up by students and teachers from the MT department as well teachers from various departments. For the first time, we saw teachers and students putting up a melodrama which comprises of acting, singing and dancing. The audience were truly entertained by the awesome performance. Their joyous faces say it all!

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini telah diadakan pada 4hb Julai 2017. Konsert selama setengah jam itu telah dijayakan oleh murid-murid, guru-guru jabatan Bahasa Ibunda serta guru-guru daripada jabatan lain. Buat julung-julung kalinya, satu persembahan melodrama yang menyelitkan lakonan, nyanyian dan tarian telah dipersembahan. Jelas di wajah-wajah para penonton bahawa mereka sangat terhibur dengan persembahan yang menakjubkan itu!

ML11 ML16 ML15 ML14 ML13 ML12